Sunday, 9 February 2014
Kisahku Kisahmu
Mengapa aku terjebak dengan keadaan begini. Ah, di manakah janji palsu untuk sekalian kalinya. Mudahnya aku tewas dan hanyut dibuai dengan nikmat yang seketika cuma. Terus ke hadapan atau keluar dari semua ini. Bila kita sudah melangkah, perlukah toleh ke belakang lagi? Jalan di hadapan belum pasti. Tapi mengapa harus berhenti mencuba?
Tuesday, 6 August 2013
Suka dia
Tak sukanya bila ada perempuan lain nak bermesej dengan orang yang aku suka. (Crying, sobbing). Solat isyak smlm pun tak khusyuk. Kena solat 2x. Asyik terpk je.
Monday, 3 June 2013
Fokus Kerjaya
Okey, Harini, marilah kita bersama-sama fokus dunia kerjaya ya...Yang lain-lain tu pinggirkan dulu. Bahagia tu akan tiba jua akhirnya, biiznillah. wms dihatiku.
Friday, 31 May 2013
Lenyap sudah
Tiba-tiba rasa macam tak ada perasaan dah. dua tiga hari rasa okey. Tapi lama kelamaan, rasa masih sayangkan W. Hmm, susah sangat hati ni. Tak boleh nak lupakan dia.
Tuesday, 28 May 2013
3 tahun
Tiga tahun aku menunggu. Jawapan yang diberikan hanyalah diam membisu. Aku pernah tanya sama ada dia still sygkan aku atau tidak. Kalau tak syg, aku harus belajar terima hakikat yang dia memang tak perlukanku lagi. Mungkin dulu 2009-2010 aku hanya berada di alam mimpi yang indah. Namun, dia diam tanpa jawab syg atau dah tak syg.
Rasanya dah tak mampu untuk teruskan dgn . Harus berhenti setakat ini.
Rasanya dah tak mampu untuk teruskan dgn . Harus berhenti setakat ini.
Wednesday, 15 May 2013
15 Mei 2013- WMS
Hari ini merupakan Hari Ulang Tahun Kelahiran dia yang ke-25. Aku hanya mampu mengucapkan salam hari lahir buat dia. Walaupun penantianku mungkin tak mendatangkan apa-apa. Biarlah dia gembira dengan kehidupannya. Aku hanya mampu berdoa yang terbaik untuk dirinya. Titisan demi titisan air mata kerap membasahi pipiku tak kira waktu. Kadang di pejabat, kadang dalam kereta, dan biasanya ketika menyendiri. Sampai bila aku harus menunggu atau sampai bila aku harus lemah sebegini. Aku rasa gembira bila dia balas e-melku. Tiada lagi medium untuk aku berhubung dengan dia. No. telefonnya pun aku tak ada.
Thursday, 9 May 2013
Kenapa Diuji?
Pagi-pagi lagi sudah ditimpa musibah. Kecewa dengan keputusan. Semak online.
1 LULUS, 1 Tidak lulus. Apa harus aku lakukan? yang tak lulus tu Kertas 2. Makin sakitla kepala nak fikir macam mana nak lulus ni? Nak repeat bulan 9 nanti.
1 LULUS, 1 Tidak lulus. Apa harus aku lakukan? yang tak lulus tu Kertas 2. Makin sakitla kepala nak fikir macam mana nak lulus ni? Nak repeat bulan 9 nanti.
Subscribe to:
Posts (Atom)