Sunday, 16 February 2014

pusing2

Sukarnya mahu melelapkan mata ini. Teringat dia ke. pusing2 tbayang dia. mariam2. kenapa mu jatuh hati dgn laki orang ni. kan dah tak keruan.

Friday, 14 February 2014

Wednesday, 12 February 2014

Salah ke?

Salah ke jika kita sayang akan suami orang. Amri amri amri. kenapala jadi tak keruan ni?

Hanyut Lagi

Bahagia dalam kehanyutan. Lazatnya bila ada insan yang ambil berat tentang diri kita. Pagi petang siang malam. Nikmat yang patut kuterima sejak dahulu lagi. Nikmat yang pernah kuketepikan. Biarpun suami orang, tidak menjadi halangan. Ada sahaja bila tak keruan. Sentiasa di sisi. Isnin, Selasa, Rabu. Nikmatnya bila dapat rasa perhatian, kasih sayang, belaian manja daripadanya. Sudah lama kutunggu saat seperti ini. Mencurahkan segala kasih sayang kepada seseorang. Apa guna lagi mengharap pada yang tak sudi. Hargailah nikmat yang di depan mata. Benar kata orang, bila orang tak berminat, dia akan buat tak nampak sahaja apa yang di depan mata.

Sunday, 9 February 2014

Kisahku Kisahmu

Mengapa aku terjebak dengan keadaan begini. Ah, di manakah janji palsu untuk sekalian kalinya. Mudahnya aku tewas dan hanyut dibuai dengan nikmat yang seketika cuma. Terus ke hadapan atau keluar dari semua ini. Bila kita sudah melangkah, perlukah toleh ke belakang lagi? Jalan di hadapan belum pasti. Tapi mengapa harus berhenti mencuba?