Wednesday, 12 February 2014

Hanyut Lagi

Bahagia dalam kehanyutan. Lazatnya bila ada insan yang ambil berat tentang diri kita. Pagi petang siang malam. Nikmat yang patut kuterima sejak dahulu lagi. Nikmat yang pernah kuketepikan. Biarpun suami orang, tidak menjadi halangan. Ada sahaja bila tak keruan. Sentiasa di sisi. Isnin, Selasa, Rabu. Nikmatnya bila dapat rasa perhatian, kasih sayang, belaian manja daripadanya. Sudah lama kutunggu saat seperti ini. Mencurahkan segala kasih sayang kepada seseorang. Apa guna lagi mengharap pada yang tak sudi. Hargailah nikmat yang di depan mata. Benar kata orang, bila orang tak berminat, dia akan buat tak nampak sahaja apa yang di depan mata.

No comments:

Post a Comment