Tuesday, 6 August 2013

Suka dia

Tak sukanya bila ada perempuan lain nak bermesej dengan orang yang aku suka. (Crying, sobbing). Solat isyak smlm pun tak khusyuk. Kena solat 2x. Asyik terpk je.

Monday, 3 June 2013

Fokus Kerjaya

Okey, Harini, marilah kita bersama-sama fokus dunia kerjaya ya...Yang lain-lain tu pinggirkan dulu. Bahagia tu akan tiba jua akhirnya, biiznillah. wms dihatiku.

Friday, 31 May 2013

Lenyap sudah

Tiba-tiba rasa macam tak ada perasaan dah. dua tiga hari rasa okey. Tapi lama kelamaan, rasa masih sayangkan W. Hmm, susah sangat hati ni. Tak boleh nak lupakan dia.

Tuesday, 28 May 2013

3 tahun

Tiga tahun aku menunggu. Jawapan yang diberikan hanyalah diam membisu. Aku pernah tanya sama ada dia still sygkan aku atau tidak. Kalau tak syg, aku harus belajar terima hakikat yang dia memang tak perlukanku lagi. Mungkin dulu 2009-2010 aku hanya berada di alam mimpi yang indah. Namun, dia diam tanpa jawab syg atau dah tak syg.

Rasanya dah tak mampu untuk teruskan dgn . Harus berhenti setakat ini.



Wednesday, 15 May 2013

15 Mei 2013- WMS

Hari ini merupakan Hari Ulang Tahun Kelahiran dia yang ke-25. Aku hanya mampu mengucapkan salam hari lahir buat dia. Walaupun penantianku mungkin tak mendatangkan apa-apa. Biarlah dia gembira dengan kehidupannya. Aku hanya mampu berdoa yang terbaik untuk dirinya. Titisan demi titisan air mata kerap membasahi pipiku tak kira waktu. Kadang di pejabat, kadang dalam kereta, dan biasanya ketika menyendiri. Sampai bila aku harus menunggu atau sampai bila aku harus lemah sebegini. Aku rasa gembira bila dia balas e-melku. Tiada lagi medium untuk aku berhubung dengan dia. No. telefonnya pun aku tak ada.

Thursday, 9 May 2013

Kenapa Diuji?

Pagi-pagi lagi sudah ditimpa musibah. Kecewa dengan keputusan. Semak online.
1 LULUS, 1 Tidak lulus. Apa harus aku lakukan? yang tak lulus tu Kertas 2. Makin sakitla kepala nak fikir macam mana nak lulus ni? Nak repeat bulan 9 nanti.

Sunday, 14 April 2013

tersentuh dgn kisah di bawah: tu yg kopi pes.

Assalammualaikum w.b.t

Saya tak tahu nk luah pada siapa, tapi sungguh saya perlukan kawan utk mtk pendapat sbb sy sgt2 buntu..fyi, sy dah berkawan dgn tunang saya ni dlm 8 tahun.. sy dlm perancgn brkahwin pada awl bln 10.. Cuma saya runsing dgn pilihan ni, adakah betul atau tak.. sy dh solat istikarah tp mcm x brjaya, mmg hati ni lebih pd nye, sy tak mahu ikut hati sbb kdg2 hati menipu kan..makin dkt hr trsebut, makin sy rasa tak selesa dgn sikap2 bakal suami.. sikap nye yg acuh tak acuh dgn saya, kurang ambil berat tak mcm dulu, bila sy cerita masalah/mtk pendapat, apa jwapan nye lgsung tak menyejukkan hati saya..sedangkan saya mmg memerlukan org utk berkongsi cerita /masalah sekurang2 nye dpt meredakan kusut di kepala.. tapi semua tu tak ada.. nk cerita pd kwn byk kwn yg negatif, nk cerita pd keluarga nanti apa pula kate mereka.. Saya ni mmg sorang yg sangat2 sensitif, byk kali sy ingatkan bkal suami ttg tu, tapi dia buat lyn tak lyn je.. Ada ...masa ape yg dia ckap buat saya terasa hati sgt, sy akan cakap la pd dia apa yg sy tak puas hati, tapi dia akan mula salahkan saya pulak.. kalaupun itu mmg salah dia, at last dia akan perli saya cth: awk kan lagi pandai, awk je yg betul, awk je yg bagus.. kate2 tu buat sy rase dia sgt2 ego.. sedangkan sebelum bertunang dia tak mcm tu.. Kdg2 smpai saya rasa dia dh tak sayangkan saya lagi.. Sy pernah cuba mtk ptus tunang beberapa kali sbb rs dia dh tak syg kn sy, tapi akhirnya berbaik, cuma ada sekali sy mtk ptus dia kate sape yg nk sgt ptus g la ckp dgn org tua sbb dia taknak.. saya batalkan la niat.. tapi entah la, sy syg dia tp sikap dia bt saya doa saya jauh hati padanya.. Kalau nk diceritakan disini terlalu pnjang utk 8 tahun tu.. Tapi ht sy mmg sgt2 sedih, kerap juga sy menangis.. kalau la ada org lain yg lebih faham hati saya saat ni, nescaya saya berubah hati.. sy buntu, tarikh lg 6 bulan, sy takut tersalah pilih, bagaiman pula hdup sy lepas kahwin nanti.
Sayangku
Bilakah dirimu akan hadir ke dalam hidupku
Aku rasa sunyi tanpa belaian lembutmu
Peneman di kala aku suka dan duka
Penyuntik semangat di saat aku kehausan
Penghibur di kala laraku
Bilakah saat utk kita berkongsi kasih akan tiba
Rindu utk menatap raut wajahmu
Halus mulus dan penuh ketenangan
yang mendamaikan hatiku

Saturday, 13 April 2013

Bilakah kita akan bersua lagi
Kutetap akan menunggu detik itu
Walaupun berpisah jarak
Bukannya bermakna berpisah selamanya

******************************************************************************

Kehidupan bagaikan roda
beribu zaman terus berputar
namun satu tak akan pudar
cahaya Allah tetap membahana

Majulah sahabat mulia
berpisah bukan akhir segalanya
lepas jiwa terbang mengangkasa
cita kita tetap satu jua
cita kita tetap satu jua

Walau raga meregang nyawa
Harta dunia tiada tersisa
Namun jiwa tetaplah satria
Takkan surut satu langkah jua

Debu - debu dan darah suci
Saksi nan tak terbantahkan lagi
Gunung lembah hutan dan samudra
Untuk Allah diatas segalanya

Tujuh awan bersuka ria
Sambut ruh suci menuju Rabbnya
Sahabat nantikan hadir kami
Kan menyusulmu sekejap lagi

Bidadari nan bermata jeli
Menyongsong dengan wajah berseri
Sahabat kami rela kau pergi
Jihad kita kan terus bersemi
Jalan ini takkan pernah henti
Mengapa aku tak dapat melupakanmu

Friday, 12 April 2013

Hari ini aku menghadiri bengkel di sebuah universiti swasta di Lembah Kelang. Jarak perjalanan adalah lebih kurang 36 km. Kehadiran kami bertiga disambut dengan hati yang besar oleh pihak universiti. Peserta bengkel lebih kurang 34 orang. Emcee dalam majlis tersebut menyatakan kepada sahabatku bahawa beliau ingat saya sudah berkahwin sbb katanya cantik sangat. Petang tadi semasa di sebuah kedai buku, aku disapa oleh jurujual. Katanya aku cantik.

Monday, 8 April 2013

Rindunya pada seseorang
Sampai bilakah aku harus berperasaan begini
Meskipun sudah tiga tahun tidak bertemu
Dirimu tetap membayangi diriku
oh temanku
WMS.

Sunday, 7 April 2013

Terima kasih kawan-kawan
Kehadiran kalian menggembirakan diriku
Walaupun silih berganti
Pengubat kesunyian di sanubariku
Malan ni ada sorang lagi kakak mengatakan suka tengok saya. Manis katanya. Sebelum itu, ada sorang tu kata minat saya. Risau pulak saya bila keadaan macam ni.
Pohon hijau itu,
Pernah berbunga rimbun,
Mekarnya kuntuman rindu,
Indahnya di pandangan mata,
Kini,
Tinggallah pohon hijau itu,
Layu tanpa belaian lembut,
Tanpa...

Saturday, 6 April 2013

Kebahagiaan vs Kecantikan

Saya ni cantik ke? Comel ke? Ayu? Menawan? Putih gebu? Tinggi lampai? Lemah-lembut? Gadis Melayu Terakhir? Cinderella? Ustazah Pilihan? Hari-hari saya dapat komen sebegini. Tak kira siapa pun dia. Lelaki atau perempuan. Bujang atau suami orang. Ada yang beritahu saya lebih cantik berbanding dengan isterinya. Lebih lembut daripada isterinya.

     Yang suami orang ni cakap, "Nasib baik abang dah kahwin, kalau tak abang dah masuk meminang awak". Suami orang yang seterusnya pula mengeluh, "kenapalah saya tak jumpa awak dulu". Ada timbul penyesalan di hatinya kerana telah berkahwin dengan seseorang.

     Saya pun tak ada komen. Bahagiakah hati saya ni? Mereka pun tidak tahu. Menilai luaran sahaja. Mereka pun tidak tahu jiwa saya meruntun sayu. Hatiku tidak mekar berbunga seperti dulu lagi. Khayal. Resah. Gelisah.
Hari ini atur caranya seperti kelaziman. Yang luar biasa daripada hari Sabtu yang lain ialah hari ini tolong seorang rakan membuat pegesahan terhadap dokumennya. Kesian pulak kawan tu. Masuk saya, dah empat orang buat pengesahan. Kali ke-1 dengan peguam. Tapi tak diterima. Kali ke-2 dengan Pesuruh Jaya Sumpah. Kali ke-3 dengan Dr. perubatan. Tapi tak diterima atas sebab-sebab tertentu. Kali ke-4 inilah, dia berjumpa dengan saya. Harap-harap cap pengesahan saya diterima. Seterusnya dapatlah dokumen berkenaaan diproses selanjutnya.

Friday, 5 April 2013

Lelah pada Hari Jumaat

Terasa letih pula hari ini. Mesyuarat yang dijadualkan bermula pada pukul 3.00 petang, hanya tamat sekitar 6.00 petang. Minum petang, ding dong ding dong, solat. Balik dekat pukul 7.00 malam. Jalan KL kalau hari Jumaat memang dah biasa macam tak bergerak. Tapi hari ni terasa penat sangat. Mungkin badan tak larat nak menanggung. Dah lepas Tol Sg. Besi, tentatifnya nak berhenti solat di PETRONAS Serdang. Sesak pula sampai tak jumpa tempt parkir. Singgah di PETRONAS Bangi untuk solat Maghrib sebelum meneruskan perjalanan pulang ke destinasi. Mental letih. Emosi pun lemah. Sangat rindukan WMS. Kerinduan itu suatu ujian rupanya.

Thursday, 4 April 2013

Seperti Orang Tertikamkan Kawan

Salam Jumaat. Resah dan gelisah mengharungi hari ini. Entah mengapa hatiku walang. Mungkin hormon yang tidak stabil. Atau sebab lain? Aku pun tidak pasti.

Berlabuh di Tepian Jeti

Hari ini, dah empat orang mengata saya. Si A mengatakan "Kak Y ni cantik la". Si P turut menyatakan perkara yang sama. Seterusnya Si F pula menyatakan saya Cinderella. Ada lagi, Si P pula menyatakan saya ni comel. Ini kisah hari ini. Sekiranya kita backdated (kebelakangkan waktu) ada juga yang menyatakan hal yang sama.
     Kelmarin, seorang yang baru bergelar suri kepada seseorang menyatakan, "Kak Y ni cantik. T nak anak macam Kak Y. huhuhu. Kenapa diriku diuji sedemikian rupa. Hari-hari jadi bahan perhatian mata.

Wednesday, 3 April 2013

Kasih Sepantun Tulisan Pinggan

Di sini bermula kisahnya. Tika malam yang hening, berlinangan air mata menyelimuti rangka tubuhku. Walau jauh di wilayah sana, namun tetap utuh di kotak memoriku. Kenangan lalu merentap lembut segenap diriku. Kurindukan lembut tutur bicaramu, indah mempesona, mendamaikan jiwa yang lara. Kuharap dapat bersua dengan dirimu.

Monday, 1 April 2013

Seribu langkah bermula dengan satu langkah pertama.

Salam Pembuka Bicara

Salam. Sebenarnya tujuan menulis di sini adalah kerana saya telah terlupa password bagi blog Hembusan Salju yang telah dibuka oleh seseorang. Maklumla, sudah lama tidak menulis. Perjalanan hari ini agak mencabar tapi tak apa. Tabahkan hati. Macam-macam ragam manusia. Di pejabat lain, di luar pejabat lain. Tadi tahan telinga di telefon, ragam client. Bila dah penat balik kerja, ada pulak makhluk yang mesej macam ni. Dah la dia tak kenal saya secara peribadi. Tiba-tiba hangin tak tentu pasal. Mungkin sebab saya tak balas mesej dia pagi dan tengah hari tadi. Mana tidaknya, dahla kita ni bersesak di jalan raya. Nak gores kad pukul 8.00 pagi. Ada pulak yang mengganggu. Bila tengah hari pula mesej buat apa. Takkanla datang pejabat pergi bersukan kut. Mestilah bekerja. Bila dua mesej tersebut tidak dibalas, tu yang dia tiba-tiba mesej macam ni.

"Perempuan semua sama...tak kira yang lepas SPM, DIPLOMA, DEGREE, MASTER,....ustazah la semua suka syak wasangka kat pasangan masing-masing...satu hari xbuat pasagan die marah msti ada perkara yg menyebabkan pasangan die menyampah"

Nah! Saya bukannya kaunselor berbayar dia. Jauh sekali. Mungkin tengah bergaduh atau kecewa dengan sesiapa, saya pulak yang jadi mangsanya. Sabar sahajala...