Salam. Sebenarnya tujuan menulis di sini adalah kerana saya telah terlupa password bagi blog Hembusan Salju yang telah dibuka oleh seseorang. Maklumla, sudah lama tidak menulis. Perjalanan hari ini agak mencabar tapi tak apa. Tabahkan hati. Macam-macam ragam manusia. Di pejabat lain, di luar pejabat lain. Tadi tahan telinga di telefon, ragam client. Bila dah penat balik kerja, ada pulak makhluk yang mesej macam ni. Dah la dia tak kenal saya secara peribadi. Tiba-tiba hangin tak tentu pasal. Mungkin sebab saya tak balas mesej dia pagi dan tengah hari tadi. Mana tidaknya, dahla kita ni bersesak di jalan raya. Nak gores kad pukul 8.00 pagi. Ada pulak yang mengganggu. Bila tengah hari pula mesej buat apa. Takkanla datang pejabat pergi bersukan kut. Mestilah bekerja. Bila dua mesej tersebut tidak dibalas, tu yang dia tiba-tiba mesej macam ni.
"Perempuan semua sama...tak kira yang lepas SPM, DIPLOMA, DEGREE, MASTER,....ustazah la semua suka syak wasangka kat pasangan masing-masing...satu hari xbuat pasagan die marah msti ada perkara yg menyebabkan pasangan die menyampah"
Nah! Saya bukannya kaunselor berbayar dia. Jauh sekali. Mungkin tengah bergaduh atau kecewa dengan sesiapa, saya pulak yang jadi mangsanya. Sabar sahajala...
No comments:
Post a Comment