Friday, 5 April 2013

Lelah pada Hari Jumaat

Terasa letih pula hari ini. Mesyuarat yang dijadualkan bermula pada pukul 3.00 petang, hanya tamat sekitar 6.00 petang. Minum petang, ding dong ding dong, solat. Balik dekat pukul 7.00 malam. Jalan KL kalau hari Jumaat memang dah biasa macam tak bergerak. Tapi hari ni terasa penat sangat. Mungkin badan tak larat nak menanggung. Dah lepas Tol Sg. Besi, tentatifnya nak berhenti solat di PETRONAS Serdang. Sesak pula sampai tak jumpa tempt parkir. Singgah di PETRONAS Bangi untuk solat Maghrib sebelum meneruskan perjalanan pulang ke destinasi. Mental letih. Emosi pun lemah. Sangat rindukan WMS. Kerinduan itu suatu ujian rupanya.

No comments:

Post a Comment