Saya ni cantik ke? Comel ke? Ayu? Menawan? Putih gebu? Tinggi lampai? Lemah-lembut? Gadis Melayu Terakhir? Cinderella? Ustazah Pilihan? Hari-hari saya dapat komen sebegini. Tak kira siapa pun dia. Lelaki atau perempuan. Bujang atau suami orang. Ada yang beritahu saya lebih cantik berbanding dengan isterinya. Lebih lembut daripada isterinya.
Yang suami orang ni cakap, "Nasib baik abang dah kahwin, kalau tak abang dah masuk meminang awak". Suami orang yang seterusnya pula mengeluh, "kenapalah saya tak jumpa awak dulu". Ada timbul penyesalan di hatinya kerana telah berkahwin dengan seseorang.
Saya pun tak ada komen. Bahagiakah hati saya ni? Mereka pun tidak tahu. Menilai luaran sahaja. Mereka pun tidak tahu jiwa saya meruntun sayu. Hatiku tidak mekar berbunga seperti dulu lagi. Khayal. Resah. Gelisah.
No comments:
Post a Comment